PETALING JAYA – “Kalau tengok (lembu) ni dari atas, kurus sangat, nampak macam lembu berpenyakit”.
Begitulah kata @blackpesol dalam sebuah video tular di laman TikTok setelah melihat keadaan lembu korban yang ditambat di kawasan apartmennya kurus kering dan mempunyai luka kecil pada badan.
“Itulah, nak tanya sikit. Semua ini lembu beli atau lembu sumbangan. Kalau tengok dari atas, nampak lembu-lembu ini macam tak sihat.
“Tak tahulah, salah orang yang berniaga lembu atau orang yang beli. Marah orang yang beli lembu ni untuk korban,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menyuarakan kekecewaan masing-masing setelah melihat keadaan lembu korban yang nampak tidak sihat untuk dijadikan korban.
Seorang pengguna berkata, salah satu hukum ibadah korban yang sering diabaikan adalah memilih lembu yang gemuk dan sihat.
“Orang ini mungkin tidak tahu hukum lembu korban,” kata @amranmohmad7.
Menurut seorang lagi pengguna, @anakmelaka, mungkin lembu-lembu tersebut dibeli dengan harga yang murah, bertepatan dengan saiz dan beratnya.
“Kalau bajet kecil, lembu pun kecillah,” katanya.
Kini, video tersebut telah menerima 10,600 tanda suka dan 1,786 komen. – KOSMO! ONLINE
@blackpesol♬ original sound – blackpesol