fbpx

Taylor Swift wanita dermawan ‘bersebab’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAYLOR SWIFT

JADUAL kerja yang padat tidak menghalang Taylor Swift meneruskan usaha membantu golongan memerlukan menerusi projek amal.

Terbaharu, Swift dilaporkan menjadi penyumbang terbesar bagi program Projek Makanan Edinburgh di Scotland.

Kata wakil organisasi tersebut, mereka berasa teruja dan menjangkakan akan mendapat sumbangan daripada bintang terkenal dunia.

“Ketika peminat berkumpul di Murrayfield, kami dapat tahu Swift merupakan penyumbang terbesar projek ini,” katanya.

Organisasi itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Swift kerana telah mempamerkan imej positif buat pengikut setianya.

Begitupun, apabila diminta bercakap tentang kesukaran orang Palestin yang dibedil Israel hari demi hari, Swift sehingga kini masih membisu seribu bahasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI