fbpx

Sultan Kelantan tunai solat sunat Aidiladha bersama 3,000 jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Muhammad V (tengah) mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Ismaili, Pasir Pekan dekat Tumpat hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA / KOSMO!

TUMPAT – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Ismaili, Pasir Pekan di sini hari ini.

Baginda yang memakai jubah berwarna putih tiba pada pukul 8.47 pagi sebelum menyertai lebih 3,000 jemaah yang hadir.

Turut mengiringi baginda, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mahkota Kelantan; Tengku Muhammad Fakhry Petra; Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Solat sunat Aidiladha itu diimamkan oleh Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Muhamad Hana Fizi Abdullah dan khutbah dibacakan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri

Pengisian khutbah antaranya menyebut Aidiladha merupakan hari untuk memperingati peristiwa besar pengorbanan agung, penyerahan dan kepatuhan kepada perintah Allah SWT yang paling tinggi dan ikhlas yang kekal menjadi contoh mithali di sepanjang sejarah kemanusiaan yang dipersembahkan oleh manusia besar, seorang nabi iaitu Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail.

Di zaman kebelakangan ini, manusia sudah lesu dan lemah semangat juang kerana kehidupan telah dikuasai oleh pengaruh materialisme, pengaruh kebendaan, hawa nafsu dan ditimpa musibah penyakit cintakan dunia selain takut mati.

Mesej al-Quran sangat jelas yang menghendakkan umat Islam menjadi Umatan Wahidah umat yang bersatu-padu, tidak
kenal perpecahan, tidak kenal permusuhan dan perbalahan sesama sendiri.

Kita harus sedar sebelum nasi menjadi bubur bahawa bangsa Melayu merupakan tonggak kepada umat Islam di negara kita ini.

Lantaran itu, sekiranya bangsa Melayu mundur, hina dan dihinakan, maka Islam juga akan mundur dan dihinakan.

Bangsa Melayu tidak menjadi hina melainkan apabila mereka menjauhkan diri daripada sistem Islam.

Lihat apa yang terjadi kepada saudara-saudara kita yang seagama, seiman di Palestin dan di negara umat Islam yang lain.

Kita dapat dengar jerit tangis mereka apabila Zionis Israel tanpa henti-henti melancarkan ancaman senjata, terus menumpahkan darah, menjatuhkan kehormatan dan merampas kekayaan umat Islam.

Apa yang berlaku dan terjadi di Palestin sudah cukup untuk umat Islam di negara kita mengambil ingatan dan pelajaran untuk tamatkan zaman perpecahan dan perbalahan sesama sendiri.

Sultan Muhammad V kemudiannya berangkat meninggalkan perkarangan Masjid Ismaili kira-kira pukul 9.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI