fbpx

Sindiket ‘songlap’ RM24.2 juta: 5 termasuk pegawai bank diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seramai lima individu termasuk dua pegawai bank diberkas polis selepas disyaki bersubahat dengan sindiket bagi mengeluarkan wang RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya telah menahan dua pegawai bank dan tiga individu lain yang terlibat setakat ini.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang kakitangan bank ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang dari akaun simpanan tetap melibatkan kerugian RM24.2 juta.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan di Kota Kinabalu, Sabah, Khamis lalu.

Serbuan turut merampas tiga unit telefon bimbit berserta kad sim, lapan kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, wang tunai RM4,400 dan sebuah komputer riba.

Tambah Ramli, pihaknya menerima empat laporan polis berkait kehilangan wang dari akaun simpanan tetap di Petaling Jaya, Selangor pada awal Jun lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI