fbpx

Piala FA: Bidoglio tuntut aksi lebih kompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT tidak berdepan masalah untuk melangkah pada saingan Piala FA selepas menundukkan KDN kelmarin.

BIARPUN mencatatkan kemenangan selesa 4-0 ke atas Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada aksi Piala FA kelmarin, pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yakin anak buahnya mampu beraksi dengan lebih baik lagi.

Menurut Bidoglio, masih ada ruang untuk diperbaiki terutamanya dari aspek ketepatan hantaran akhir yang membawa kepada jaringan gol.

Katanya, corak permainan bertahan secara kompak yang ditunjukkan KDN menyukarkan jentera serangan Harimau Selatan merobek benteng pertahanan lawan.

“Bagi saya ini adalah perlawanan yang sukar setelah lawan memilih untuk bertahan secara kompak hingga menyukarkan pemain untuk mencipta ruang. Walaupun ada peluang gol yang dihasilkan, tetapi ia tidak berjaya diterjemahkan dengan baik.

“Saya lihat terdapat beberapa hantaran akhir yang kurang tepat meletakkan pemain di posisi sukar untuk menjaringkan gol. Ini adalah aspek yang perlu diperbaiki pada perlawanan akan datang.

“Secara keseluruhan, saya masih berpuas hati dengan persembahan pemain yang mempamerkan corak permainan berintensiti tinggi serta dinamik, mampu memberi ancaman dari setiap arah,” katanya.

Tambah Bidoglio, tempoh rehat yang panjang selama tiga minggu turut memberi kesan kepada persiapan pasukan menjelang aksi malam tadi.

“Saya tak suka apabila berdepan tempoh rehat yang panjang, kalau boleh kami mahu beraksi setiap minggu supaya dapat mengekalkan intensiti permainan kami.

“Sejak Liga Malaysia bermula pada awal bulan lalu, ini merupakan perlawanan ketiga kami,mahu tak mahu kami terpaksa akur setelah jadual perlawanan ini mengikut jadual antarabangsa FIFA,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI