fbpx

Penyakit bakteria pemakan daging melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah hospital awam di Kamakura. - The Yomiuri Shimbun

TOKYO – Jepun menyaksikan peningkatan mendadak dalam penyakit berpunca daripada bakteria pemakan daging yang jarang berlaku, lapor laman berita Wion News kelmarin. 

Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIID) berkata, terdapat 977 kes sindrom kejutan toksik streptokokus (STSS) setakat 2 Jun lalu, melebihi rekod 941 kes yang dilaporkan pada tahun lepas. 

Pihak NIID telah memantau perkembangan penyakit itu sejak 1999.

STSS adalah komplikasi serius jangkitan Streptokokus Kumpulan A (GAS) dengan kadar kematian yang tinggi. 

Bakteria tersebut boleh membunuh individu yang dijangkiti dalam tempoh hanya 48 jam.

Laporan berasaskan pakar menyatakan bahawa pengesanan pantas, sokongan rawatan intensif awal dan pengurusan pembedahan adalah penting semasa merawat pesakit yang dijangkiti bakteria tersebut.

Pada kebiasaannya, GAS menyebabkan bengkak dan sakit tekak pada kanak-kanak, dengan gejala awal STSS kebiasaannya termasuk demam dan seram sejuk, sakit otot, loya serta muntah.

Sejurus mendapat gejala pertama, tekanan darah rendah akan meningkat dalam tempoh antara  24 hingga 48 jam. 

Apabila ia berlaku, STSS akan menjadi lebih serius seperti tekanan darah rendah, kegagalan organ, kadar denyutan lebih laju dan pernafasan cepat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI