NEW DELHI – Syarikat penerbangan Air India melakukan siasatan selepas seorang penumpang mendakwa dia meludahkan objek tajam seperti mata pisau kecil yang terdapat dalam hidangan makanannya, lapor portal berita India Today hari ini.
Perkara itu berlaku ketika dia menaiki penerbangan dari Bengaluru, India menuju ke kota raya San Francisco di Amerika Syarikat.
Mathures Paul yang berada dalam penerbangan itu pada 9 Jun lalu telah berkongsi pengalaman pahitnya di media sosial.
Paul berkata, dia menjumpai objek itu pada makanan yang dihidangkan dalam penerbangan Air India.
“Saya menyedari ia ada dalam makanan saya selepas saya mengunyahnya selama dua atau tiga saat.
“Sebaik sahaja saya meludahkannya, saya menyedari (terdapat) objek itu.
“Pramugari itu meminta maaf selama tiga saat dan kembali dengan semangkuk kacang,” kata Paul di platform X. – AGENSI