fbpx

Pemancing ditemui lemas dekat perahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ditemui lemas selepas hilang ketika memancing di Sungai Kampung Pitas Bombalai petang semalam. - Foto media sosial

TAWAU – Seorang lelaki ditemui lemas selepas hilang ketika memancing di Sungai Kampung Pitas Bombalai, petang semalam.

Mayat mangsa, Arippin Daud, 49, ditemui oleh penduduk kampung berhampiran dengan perahu miliknya kira-kira pukul 3.53 petang.

Mangsa dikatakan keluar untuk memancing pada pukul 6 pagi, namun perahu mangsa ditemukan penduduk tanpa pengemudi kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pada pukul 2.06 petang.

Katanya, seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sebaik tiba, pasukan bomba bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjalankan operasi menggunakan teknik ‘Surface water rescue’.

“Mangsa ditemukan oleh penduduk kampung berdekatan dengan perahu milik mangsa pada pukul 3.53 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI