fbpx

Operasi SAR nenek, cucu hilang di Bukit Buluh Telur diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR nenek dan cucu berusia 12 tahun diteruskan kira-kira pukul 8.30 pagi tadi. - Foto oleh JBPM SELANGOR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nenek, 62, bersama cucu perempuan, 12, yang dilaporkan hilang di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu, di sini, diteruskan pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi dimulakan pukul 8.30 pagi ini setelah ditangguhkan pukul 7.20 malam semalam.

“Operasi SAR diteruskan pukul 8.30 pagi tadi. Setakat ini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui,” ujarnya kepada pemberita hari ini.

Semalam media melaporkan kedua-dua mangsa dipercayai pergi ke kebun durian mereka sebelum wanita warga emas berkenaan menghubungi anak sulungnya kira-kira pukul 12 tengah hari semalam dan memberitahu tersesat.

Anak mangsa kemudian membuat laporan kehilangan ahli keluarganya pada pukul 3 petang semalam.

Berikutan itu, JBPM Selangor melancarkan operasi SAR kedua-dua mangsa.

Pihak bomba terpaksa menangguhkan operasi SAR pada pukul 7.20 malam semalam susulan keadaan gelap dan cuaca hujan di lokasi kejadian. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI