fbpx

Nenek, cucu sesat di Bukit Buluh Telur ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nenek dan cucu perempuannya ditemui dalam keadaan selamat kira-kira pukul 9.30 pagi. - Foto JBPM SELANGOR

HULU SELANGOR – Seorang nenek, 62, bersama cucu perempuan, 12, yang dilaporkan hilang di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu, di sini, ditemui dalam keadaan selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, anggota penyelamat tiba di ‘check point’ pertama (penghujung laluan bermotor) sekitar pukul 8 pagi tadi.

“Maklumat daripada waris, lokasi mangsa telah berjaya dikesan melalui panggilan telefon.

“Anggota penyelamat mengambil masa hampir sejam untuk ke lokasi keberadaan mangsa dari ‘check point’ pertama.

“Pasukan kita tiba di lokasi kira-kira pukul 9.30 pagi dam menemui mangsa dalam keadaan selamat,” ujarnya kepada pemberita.

Jelas beliau, enam anggotanya turut dibantu sembilan individu terdiri daripada seorang anggota Polis Diraja Malaysia, tiga Angkatan Pertahanan Awam dan lima Orang Asli.

Operasi SAR diteruskan pukul 8.30 pagi tadi setelah ditangguhkan pukul 7.20 malam tadi kerana keadaan gelap dan cuaca hujan.

Semalam media melaporkan kedua-dua mangsa dipercayai pergi ke kebun durian mereka sebelum wanita warga emas berkenaan menghubungi anak sulungnya kira-kira pukul 12 tengah hari semalam dan memberitahu tersesat.

Anak mangsa kemudian membuat laporan kehilangan ahli keluarganya pada pukul 3 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI