fbpx

Mama adalah ayah, ibu, kakak baik dan semua – Cik B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIK B menyifatkan Vida layak diraikan pada hari bapa kerana telah menjalankan peranan sebagai seorang ayah juga selama membesarkannya.

PETALING JAYA – Anak usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengundang perhatian ramai apabila meraikan ibunya pada Hari Bapa semalam.

Bukan sengaja mencari perhatian, Cik B atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, berkata, ibunya layak diraikan kerana telah melakukan tugas sebagai seorang bapa selama membesarkan dirinya selama ini.

“Sebab saya tiada ayah. Takkan hendak tulis selamat hari bapa pada ayah yang tiada?”

“Mama adalah ayah, ibu, kakak baik dan semua,” katanya dalam sebuah perkongsian video.

Tindakannya itu turut membuatkan ibunya terkejut malah turut mempersoalkan mengapa mengucapkan selamat hari bapa kepadanya.

Video yang meraih lebih 1.6 juta tontonan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tertanya-tanya keberadaan bapa kandung Cik B.

Tidak kurang juga berpendapat Vida layak diraikan pada Hari Bapa kerana telah membesarkan anak-anaknya dengan baik.

“Vida seorang mak dan juga bapa. Tidak salah kalau Cik B nak sambut hari ibu atau bapa dengan Vida.

Rasa tersentuh tapi dalam masa sama ‘dark’ betul ucapan Cik B,” komen netizen.

Sekadar info, Vida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun semuanya berakhir dengan perceraian.

Bagi perkahwinan pertama, Vida berkahwin dengan Mohd. Amin Yasin dan dikurniakan empat cahaya mata termasuk Cik B dan Kacak.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan pada Januari 2021 menolak permohonan Mohd. Amin untuk mendapatkan hak hadhanah untuk melawat, bermesra dan bermalam bersama dua anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI