fbpx

Lepas sedas tembakan lepas rompak emas di Plaza Metro Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan kedai emas selepas dirompak penjenayah, petang tadi.

KAJANG – Seramai empat lelaki bertopeng bersama senjata api dilaporkan menyamun sebuah kedai emas di Plaza Metro Kajang, di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohammad Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima laporan insiden rompakan di kedai emas berkenaan daripada seorang lelaki tempatan kira-kira pukul 3.30 petang.

Katanya, kejadian berlaku pada 3.17 petang, melibatkan empat lelaki memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng serta bersarung tangan gelap telah masuk ke premis di tingkat satu.

“Suspek terus memecahkan cermin kaca tempat simpanan emas menggunakan tukul besi sambil mengambil barang kemas. Semasa kejadian suspek dipercayai membawa dua pucuk pistol dan satu laras senapang ketika kejadian.

“Satu das tembakan dilepaskan ke arah dinding premis sebelum mereka melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah bangunan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, jumlah kerugian premis terbabit masih dalam siasatan dan belum dapat disahkan.

“Kita masih menjalankan siasatan ke atas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam bangunan dan beberapa orang saksi kejadian bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat) yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati walaupun tidak melibatkan kecederaan mahupun kematian.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat, boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Afiq Farhan Mohd Nor di talian 012-2446768,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI