fbpx

Ketupat, rendang jadi sajian utama Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rendang ayam dan ketupat jadi hidangan utama rata-rata umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini. - Foto FACEBOOK NORAINI OMAR

PETALING JAYA – Hidangan tradisi ketupat dan rendang bagaikan satu kewajipan setiap kali menyambut hari raya sama ada Aidilfitri mahupun Aidiladha.

Semakan Kosmo! di platform media sosial hari ini mendapati, ramai yang berkongsi gambar memaparkan dua juadah tersebut menjadi hidangan wajib di pagi raya.

Pengguna Facebook, Noraini Omar berkata, rendang ayam dan ketupat palas merupakan pelengkap juadah setiap kali menyambut hari raya.

Katanya, menu itu adalah resepi turun temurun sejak 60 tahun lalu.

“Alhamdulillah, dapat merasa lagi lauk istimewa raya. Dah 60 tahun resepi ini dari atuk. Masih sama rasanya sampai sekarang.

“Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Maaf zahir dan batin,” katanya dalam hantaran pagi ini.

Pengguna Facebook yang lain, Shahrul Adril meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham ibunda tercinta apabila melihat rendang ayam yang disediakan kakaknya pagi ini.

Kata anak kelahiran Johor itu, rendam ayam merupakan makanan kegemaran ibunya dan setiap kali menyambut hari raya, menu tersebut menjadi hidangan utama mereka sekeluarga.

Selain itu, di laman X pula, tanda pagar #SelamatHariRayaAidiladha menjadi sohor kini dengan lebih 27,000 ciapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI