fbpx

Keith Foo temani Riena Diana solat raya pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Riena Diana dan Keith Foo selesa ke mana-mana bersama.

PETALING JAYA – Tidak menyembunyikan kemesraan, hubungan pelakon Riena Diana dengan aktor Keith Foo dilihat semakin serius apabila tampak selesa ke mana-mana berdua.

Terbaru, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkongsi foto bersama kekasih di dalam kereta sebagai tanda ucapan terima kasih kerana menghantarnya menunaikan solat sunat Aidiladha, pagi tadi.

“Terima kasih kerana ambil dari rumah dan hantar saya ke masjid pagi ini,” katanya ringkas menerusi hantaran dalam Instagram Story.

Sebelum ini, pelakon drama Kampung People itu memuat naik hantaran ucapan selamat hari bapa kepada Keith.

“Selamat hari bapa kepada lelaki yang sudah mencuri hati saya,” ujarnya.

Terdahulu, Riena mengakui dirinya sudah menemui kebahagiaan yang dicari selepas menjalin hubungan mesra dengan Keith atau Foo Chuan Chin, 41.

Kata Riena, hubungan mereka mula terjalin selepas bergandingan dalam drama Salju Rindu.

Keith sebelum ini pernah berkahwin dengan model Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI