fbpx

J.Lo, Ben Affleck usaha keras selamatkan rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEN Affleck dan J.Lo kita dikatakan di ambang perceraian.

PASANGAN popular Jennifer Lopez (J.Lo) dan Ben Affleck terus menjadi perhatian setelah khabar angin perceraian mereka tular sejak awal Jun lalu.

Biarpun berdepan dilema rumah tangga, pasangan terbabit bagaimanapun kelihatan tenang dan tidak memberikan sebarang kenyataan.

Mereka juga dilihat hadir bersama pada hari graduasi anak perempuan Affleck dengan bekas isteri, Jennifer Garner iaitu Violet.

Memetik laporan Hollywood Life, pasangan berkenaan kini dalam fasa memperbaiki hubungan mereka.

Kata sumber, tekanan daripada masyarakat secara tidak langsung memberi kesan kepada J.Lo dan Affleck.

“Mereka tertekan apabila banyak pihak menjadikan kisah perkahwinan sebagai berita hangat,” katanya.

Bagaimanapun, timbul juga khabar angin mengatakan pasangan itu tidak lagi tinggal sebumbung, namun belum berpisah secara rasmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI