fbpx

Isteri 18 tahun tidak pernah masak untuk suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita ini mengakui suaminya tidak pernah meminta dia untuk memasak. – TikTok

JAKARTA –  Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial selepas berkongsi kisah hidupnya yang berkahwin pada usia 18 tahun dan tidak pernah memasak untuk suami, lapor portal berita Okezone.

Menurut hantaran yang dikongsikan di platform TikTok, wanita menggunakan akaun @queenbctt itu berkata, dia tidak menyesal berkahwin pada usia muda kerana suaminya tidak pernah memintanya untuk memasak.

Ujarnya, disebabkan sikap suaminya, dia tidak pernah belajar memasak dan mereka berdua lebih memilih untuk makan di luar.

“Jarang sekali suami menyuruh saya masak. Sebenarnya, saya tidak pernah memasak dan tidak pandai memasak. Jadi, kami sering makan di luar sampai sekarang,” katanya.

Tambah wanita tersebut, selain memasak, dia juga jarang mencuci pakaian kerana mempunyai pembantu rumah.

Selain itu, menurut wanita berkenaan,  suaminya juga lebih gemar membasuh pakaian sendiri.

Video perkongsian tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Bagaimana cara untuk mendapatkan suami yang penyabar ya?” soal seorang netizen.

“Penyabar betul suami awak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI