fbpx

Harga runcit telur gred A, B dan C turun 3 sen sebiji – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat, kerajaan memutuskan supaya harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kini, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa hari ini.

“Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta.

“Manakala harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Labuan juga akan diselaraskan mengikut Bahagian dan Zon yang diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI