fbpx

GTSB bukan lagi jaguh kampung, perkukuh jenama di pasaran antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhazli dan Zarita Azlin berpengalaman luas dalam bidang pengeluaran produk minyak pelincir yang kini mampu bersaing dengan syarikat asing.

Glide Technology Sdn Bhd. (GTSB) syarikat bumiputera yang kini tersenarai dalam pemain utama dalam pengeluaran produk minyak pelincir terus mengekalkan daya saingnya di pasaran tempatan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran getir dalam keadaan ekonomi semasa khususnya penyusutan nilai ringgit yang memberi kesan pendapatan eksport.

Namun pengalaman dan kemahiran meluas selama 17 tahun dalam bidang itu membuatkan Pengasas dan Presiden syarikat, Datuk Muhazli Muhamad terus berinisiatif untuk menjadikan empayar perniagaan yang dibinanya terus mengukuhkan jenamanya bukan sahaja di pasaran Malaysia tetapi juga di luar negara.

Turut dibantu isterinya, Datin Zarita Azlin Ibrahim yang juga sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Kewangan syarikat serta sokongan daripada 120 kakitangannya yang beroperasi di ibu pejabat dan kilang di Bukit Jelutong, Shah Alam meletakkan syarikat di tangga kedua sebagai pengeluar utama produk minyak pelincir tempatan.

Perluasan pasaran eksportnya secara berperingkat dan penerokaan syarikat ke dalam bidang baharu iaitu minyak untuk industri tenaga menjadikan GTSB mengimbangi hasil pendapatan yang dulunya tertumpu hanya daripada kontrak kerajaan.

Kini syarikat telah menjalin kerjasama dengan syarikat multi nasional iaitu Petronas Lubricants International (PLI) bagi mengukuhkan lagi jenama GTSB sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan dan menjadikan ia sebagai penguat kepada syarikat untuk bersaing di pasaran luar.

“Jika dulu kami hanya berjaya sebagai jaguh kampung tetapi kini mampu meningkatkan standard tersebut kepada peringkat antarabangsa,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

KOSMO!: Selain produk minyak pelincir, apakah cabang perniagaan baharu yang diceburi syarikat?
Muhazli: Perniagaan teras kami sejak mula beroperasi 17 tahun lalu tertumpu kepada minyak pelincir, buat masa ini, kami memiliki sebanyak 50 jenis produk. Sejak tahun 2021, kami telah mula terlibat dalam satu cabang bisnes baharu berkaitan minyak untuk industri tenaga.

Bagaimana GTSB boleh menceburi bidang tersebut dan kenapa ke arah cabang perniagaan tersebut?
Dalam dunia perniagaan ini, jika ada peluang untuk me­neroka bidang baharu, ia perlu diambil dengan sebaiknya.

Sebelum ini kami sedia maklum tentang syarikat APAR Industries Li­mited (APAR) yang beribu pejabat di India sedang cuba mengintai peluang untuk menembusi pasaran Malaysia tetapi belum berjaya.

PAR adalah pengeluar minyak untuk industri tenaga, ketiga terbesar di dunia. Melihat kepada peluang berpotensi tersebut ada juga syarikat tempatan lain mencuba nasib untuk menawarkan khidmat kerjasama dengan mereka, tetapi tidak berjaya.

Pada tahun 2021, kami telah menghadiri satu mesyuarat dengan Principal APAR di Mumbai yang mana syarikat global itu memiliki kilang keduanya di Mumbai. Mesyuarat sehari itu berjaya dan mereka telah bersetuju dan melantik kami sebagai rakan teknikal di Malaysia.

Melalui kerjasama tersebut syarikat tersebut telah membuat pemindahan teknologi, kemahiran dan kepakaran serta bahan mentah dan penyediaan peralatan dalam kilang.

Proses transformasi itu berjalan lancar sehingga satu tempoh terhad tidak lama lagi yang akan dipertimbangkan semula dalam perbincangan akan datang samada kami mahu meneruskan kerjasama tersebut atau kami sudah boleh berdikari dalam bidang ini.

Apakah impak positif daripada kerjasama tersebut?
Ia memberi peluang untuk menawarkan pekerjaan kepada komuniti termasuk pelajar maahad tahfiz di bawah naungan GTSB untuk bekerja di kilang kami. Pa­ling ketara adalah segmen minyak untuk industri tenaga itu telah menyumbang kepada pertambahan perolehan jualan kumpulan.

Segmen minyak tersebut telah memacu sehingga 30 peratus kepada pendapatan kumpulan, manakala bakinya adalah daripada segmen jualan produk minyak pelincir.

Boleh jelaskan prestasi pendapatan kumpulan pada tahun lalu dan sasaran tahun ini?
Jualan keseluruhan kumpulan pada tahun lalu adalah sebanyak RM120 juta dan kami jangkakan ia tumbuh sehingga lima peratus tahun ini.

Hasil syarikat dipacu oleh sumbangan daripada segmen komersial, kontrak kerajaan, pasaran eksport dan juga pengilang peralatan khas (OEM).

Tahun ini, jualan daripada segmen produk minyak pelincir adalah 70 peratus yang mana segmen tersebut merekodkan jualan sebanyak RM26 juta pada tahun lalu. Kami optimis ia meningkat sehingga RM30 juta pada tahun ini.

Pasaran eksport kini mewakili 20 peratus yang mana ia melibatkan antaranya negara Jepun, China, Turkiye dan yang terbaharu adalah Angola di Afrika.

Kami juga sedang berbincang dengan beberapa lagi rakan di luar negara untuk mengembangkan pasaran eksport dan kami sasarkan tahun ini bertambah kepada 30 peratus, manakala meningkat sehingga 40 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

 

Mengenai segmen produk minyak pelincir, berapa banyak rangkaian dalam negara dan apakah produk yang mendapat sambutan baik daripada pasaran?
Kami lebih dikenali untuk minyak enjin kenderaan kerana ia berkualiti tinggi dan dijual pada harga mampu milik.

Kami memiliki pengedar di setiap negeri dan juga terdapat beberapa cawangan di beberapa lokasi strategik termasuk di Sabah untuk menawarkan produk dan juga per­khidmatan.

Kami membekalkan barangan kepada pengedar dan merekalah yang akan mengedarkannya kepada bengkel-bengkel kenderaan di kawasan masing-masing.

Di sini kami berjaya membangunkan usahawan yang selama ini setia bersama syarikat di Kelantan dengan hanya daripada bersaiz
kecil kini bertambah besar dengan memiliki pertambahan jumlah pengedar serta bengkel. Kami bangga dengan mereka.

Bagaimana Datuk terus mengekalkan daya saing yang hebat dalam menghadapi cabaran perniagaan yang getir dalam industri ini?
Kami kena peka dengan perubahan dalam industri ini, kena sentiasa meningkatkan teknologi kerana industri ini bersandarkan kepada teknologi yang meluas.

Kita tidak boleh ketinggalan dengan perubahan yang berlaku khususnya apabila pemain di luar sana mula berubah kepada teknologi baharu dan keluarkan produk baharu juga.

Tetapi kami bersyu­kur kerana berada di bawah Business Continuity Plan (BCP) Petronas, yang mana segala perubahan dalam aspek peningkatan teknologi baharu yang berlaku dalam industri tersebut,

Petronas akan laksanakan juga di kilang kami. Kami juga diaudit oleh syarikat minyak nasional negara itu. Jadi kami sangat beruntung dan saya berterima kasih kepada Petronas.

Kami bukan sahaja dipilih sebagai vendor tetapi juga mereka kami dianggap sebagai ‘kru’ mereka yang mana apabila diaudit, Petronas bukan mencari ke­salahan dan kesilapan kami tetapi mengajar, malah membetulkan kesilapan tersebut.

ulu kami sebagai budak kampung yang baru nak belajar tapi Petronas yang telah memiliki ilmu dan kepakaran yang tinggi telah memindahkannya kepada syarikat ini hingga sampai ke
peringkat antarabangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI