fbpx

F1: Jentera Ferrari perlahan di selekoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC mengakui pasukan kejuruteraan Ferrari perlu menyelesaikan isu kepantasan jentera di selekoh untuk memastikan mereka mampu mencabar Red Bull. - AFP

MARANELLO – Pelumba Ferrari, Charles Leclerc menyatakan keinginannya untuk melihat pasukan itu memperbaiki kelemahan yang telah banyak mengganggu prestasi sepanjang musim ini, sehingga menyebabkan dia gagal menamatkan perlumbaan di GP Kanada hujung minggu lalu.

Ferrari ketika ini sedang bersaing sengit memburu kejuaraan pengeluar apabila mereka berada di kedudukan kedua, ketinggalan 49 mata di belakang Red Bull setelah meraih dua kemenangan setakat musim ini.

Leclerc percaya jentera SF-24 milik Ferrari ketika ini tidak menunjukkan prestasi baik terutama ketika menjadi terlalu perlahan ketika melalui selekoh panjang seperti selekoh satu di Litar Shanghai, China dan selekoh sembilan serta 10 di Litar Sakhir, Bahrain.

“Saya masih percaya bahawa salah satu kelemahan kami adalah masalah kepantasan jentera ketika melalui selekoh panjang. Kami menghadapi masalah ketara di China kerana jentera menjadi terlalu perlahan.

“Ini masih merupakan salah satu kelemahan yang kami perlu berikan perhatian dan perlu di tangani segera untuk memastikan pasukan mampu terus bersaing merebut kejuaraan dunia musim ini.

“Selain itu, banyak perincian kecil perlu digabungkan, tetapi jika saya perlu mengenal pasti satu perkara yang perlu diutamakan untuk diperbaiki, ia adalah kepantasan jentera di selekoh panjang,” kata Leclerc.

Walaupun mengakui bahawa jentera pasukan itu mengalami masalah tersebut sehingga menyukarkan dia dan rakan sepasukan Carlos Sainz untuk mengekalkan kedudukan dalam perlumbaan, namun Leclerc masih optimis kemampuan Ferrari untuk meraih penamat terbaik musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI