fbpx

Euro 2024: Romania calar ego Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STANCIU meraikan jaringan yang dilakukan ketika membantu Romania menewaskan Ukraine 3-0 pada aksi Kumpulan E Euro 2024 sebentar tadi. - AFP

MUNICH – Romania memulakan saingan Euro 2024 dengan langkah kanan apabila tidak berdepan banyak masalah ketika membenam Ukraine 3-0 pada aksi Kumpulan E yang berlangsung di Allianz Arena sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, Ukraine menguasai sebahagian besar permainan, namun bergelut untuk menembusi benteng pertahanan lawan dengan Romania tampak lebih berbahaya ketika melakukan serangan balas.

Romania yang turun sebagai underdog pada perlawanan itu bagaimanapun mengejutkan Ukraine menerusi jaringan menarik dilakukan Nicolae Stanciu dari luar kotak penalti pada minit ke-29 bagi meletakkan Romania mendahului 1-0.

Tersentak dengan gol dilakukan pasukan lawan, jentera serangan Ukraine yang diketuai penyerang Girona, Artem Dovbyk kemudiannya melakukan asakan demi asakan ke arah pintu gol Romania, namun gagal untuk mencipta jaringan.

Bersambung separuh masa kedua, Romania terus berada dalam keadaan lebih selesa apabila menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-53 selepas percubaan Razvan Marin gagal ditepis penjaga gol Ukraine, Andriy Lunin.

Empat minit berselang, pintu gol Ukraine bocor lagi, kali ini menerusi jaringan Denis Dragus yang bijak mengambil kesempatan ketika situasi kelam-kabut bagi menolak masuk bola hantaran Dennis Man.

Gol ketiga itu nyata membunuh semangat juang pemain-pemain Ukraine, namun mereka masih melakukan asakan demi asakan dengan harapan untuk sekurang-kurangnya menjaringkan gol saguhati.

Bagaimanapun, benteng pertahanan Romania terlalu kebal untuk ditembusi, sekali gus menyaksikan kedudukan 3-0 kekal hingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI