fbpx

Euro 2024: Itali ‘selisih’ aib aksi sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARELLA muncul wira Itali apabila meledak gol kemenangan pasukan itu ketika menentang Albania awal pagi semalam. - AFP

DORTMUND – Penyandang juara, Itali berjaya mengelak daripada dimalukan pada aksi pertama selepas bangkit meraih kemenangan 2-1 ke atas Albania di Signal Iduna Park awal pagi semalam.

The Azzurri berdepan kejutan selepas gawang mereka dibocori selepas 23 saat permainan dimulakan menerusi Nedim Bajrami, namun mereka berjaya memberikan respons yang baik apabila meledak dua gol dalam tempoh lima minit.

Alessandro Bastoni berjaya menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-11 sebelum Nicolo Barella meledak gol kemenangan skuad kendalian Luciano Spalletti itu kira-kira lima minit kemudian.

“Saya gembira dengan aksi pasukan ini, tetapi kami sepatutnya tidak boleh berasa selesa. Anda perlu lebih agresif, berkeinginan tinggi untuk mencipta sesuatu dan menghasilkan jaringan tambahan.

“Walaupun anda berjaya bermain dengan baik, tetapi dalam bola sepak anda memerlukan jaringan. Jika tidak, ia tidak berguna. Kami mempunyai banyak peluang menamatkan perlawanan ini lebih awal.

“Kami sangat bagus ketika menyerang, tetapi selalu menghantar bola ke belakang. Kami sepatutnya mencipta lebih banyak ruang untuk mendapat peluang menghasilkan gol. Apabila anda menguasai permainan, ia membuatkan anda rasa selesa, tetapi itu sebenarnya tidak baik untuk kami,” kata Spalletti.

Kempen kali ini menyaksikan hanya lima pemain yang pernah beraksi pada Euro edisi sebelum ini ketika Itali muncul juara disenaraikan oleh Spalletti dan selebihnya adalah muka baharu termasuk pemain pertahanan Riccardo Calafiori yang baru melengkapkan kap ketiganya.

Itali bakal bertemu Sepanyol pada aksi kedua di Gelsenkirchen awal pagi Jumaat nanti dan satu mata daripada perlawanan itu dianggap memadai untuk mereka layak ke pusingan 16 terbaik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI