fbpx

Cuti raya habis, anak perantau ‘serbu’ balik KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik perlahan di Bentong pada malam ini. - Foto LLM

PETALING JAYA – Lembaga Lebuhraya (LLM) menerusi laporan trafik di Facebook memaklumkan beberapa laluan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak kini mengalami pertambahan kenderaan sejak awal petang tadi.

Menurut LLM, keadaan itu menyebabkan aliran trafik menuju ke ibu negara menjadi perlahan selepas orang ramai mula bergerak pulang ekoran cuti sempena Hari Raya Aidiladha sudah tamat.

“Trafik perlahan melibatkan arah barat (menuju Kuala Lumpur) dari kilometer (KM) 61.5 hingga KM 58.6 (Bentong). Kesesakan itu melibatkan jarak 2.9km.

“Sesak 2.2km dari KM51.4 hingga KM49.2 (Lentang), trafik perlahan sejauh 700 meter dari KM32.6 hingga KM31.9 (Gombak). Sesak 3.2km dari KM23.0 hingga Plaza Tol Gombak,” lapor LLM.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik perlahan menuju ke arah selatan melibatkan beberapa laluan berikutan perubahan tiga lorong kepada dua lorong serta terdapat kemalangan yang berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI