fbpx

191 individu cirit-birit, muntah akibat Rotavirus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat Kesihatan Daerah Tenom mula mengenal pasti peningkatan kes AGE pada 4 Jun lalu.

KOTA KINABALU – Seramai 191 individu direkodkan dijangkiti gastroenteritis akut (AGE) membabitkan daerah Tenom sejak 2 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr. Asits Sanna, statistik jangkitan berkenaan disyaki berpunca daripada Rotavirus yang mengakibatkan muntah, cirit-birit dan demam.

Asits menyatakan wabak terbabit dinotifikasikan pada 6 Jun selepas banyak kes dengan gejala sama direkodkan di daerah berkenaan.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melalui Pejabat Kesihatan Daerah Tenom telah mula mengenal pasti peningkatan kes AGE pada 4 Jun menerusi survelan AGE yang dijalankan secara berterusan.

“Siasatan lanjut berdasarkan tarikh mula gejala yang dilaporkan di antara 2 Jun sehingga 13 Jun mendapati jumlah notifikasi kes AGE adalah sebanyak 191 kes,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 154 kes telah menerima rawatan sebagai pesakit luar, manakala 37 orang lagi dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, sebanyak 33 kes sudah dibenarkan pulang dan hanya empat kes yang masih berada di dalam wad, namun berada dalam keadaan stabil.

Dr. Asits berkata, sebanyak 19 sampel klinikal setakat ini telah diambil daripada kes-kes yang dimasukkan ke wad Hospital Tenom dan didapati 16 sampel klinikal menunjukkan kehadiran Rotavirus. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI