fbpx

Tanggungjawab penting seorang bapa membentuk kehidupan anak-anak – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan Hari Bapa di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada semua insan bergelar bapa bersempena Hari Bapa yang disambut hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa Baginda menyanjung keringat serta pengorbanan semua bapa yang cekal mencari rezeki untuk keluarga.

“Saya sebagai bapa turut memahami tanggungjawab serta peranan penting seorang bapa bagi membentuk kehidupan anak-anak.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga sentiasa merahmati Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Paduka Sultan Seri Perak Sultan Idris Shah II,” titah Baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI