fbpx

Tak sabar nak tengok Sharifah Amani ‘junior’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH Amani dan suami kini menghitung hari untuk menimang anak pertama mereka.

MINGGU lalu pelakon Vanidah Imran berkongsikan gambar bersama rakan-rakan meraikan ulang tahun kelahiran aktres Sharifah Amani.

Apa yang menarik perhatian apabila keadaan perut pelakon filem Muhsin itu yang dilihat sudah sarat.

Perkongsikan Vanidah dalan Instagram itu turut memperlihatkan ucapan terima kasih daripada Amani.

“Terima kasih kakakku. Amin, adik sayang sangat kakak,” tulisnya.

Selain dihadiri ahli keluarga terdekat, kelihatan juga beberapa selebriti lain turut hadir pada majlis tersebut antaranya Sherry Alhadad, Iedil Putra, Sofia Jane dan Tam Suhaimi.

Melihatkan foto-foto yang dikongsi, tidak sabar rasanya ingin melihat ‘si kecil’ Amani dan pasangan, Ahmed Faris Amir.

Diva: Simpati nasib pelakon Azri Iskandar yang tak jadi kahwin dengan usahawan, Datuk Noora Kay.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI