PETALING JAYA – Selebriti sensasi, Azwan Ali bersetuju dengan tindakan usahawan Datuk Noora Kay yang mempertahankan diri setelah perancangan perkahwinan dengan pelakon Azri Iskandar terputus di tengah jalan.
Azwan, 58, berkata, pada awalnya dia mengkritik usahawan terbabit yang didakwa menjadi individu bertanggungjawab memutuskan hubungan dengan Azri.
“Awalnya saya tergerak hati untuk mengikuti berita mengenai mereka bagi mengetahui siapa yang betul dan siapa yang salah.
“Selepas saya melihat satu video, saya mendengar kenyataan Datuk Noora yang mengatakan siapa yang bercakap buruk tentang orang lain, suatu hati nanti akan Tuhan akan tunjukkan sikap buruknya..
“Kenyataan itu membuatkan saya kagum dengan keperibadiannya dan setelah mengenali dirinya, pada saya dia seorang yang merendah diri,” katanya dalam satu video Instagram Noora Kay.
Dalam pada itu, Azwan juga meminta agar pihak pelakon berkenaan agar meneruskan kehidupan setelah perancangan perkahwinan gagal mencapai kata sepakat.
“Secara kesimpulan kalau sudah tidak jadi berkahwin, boleh teruskan saja kehidupan.
“Pada awalnya saya fikir Datuk Noora yang salah kerana sepanjang pengetahui mengetahui individu yang mempunyai gelaran Datuk ini agak berlagak, tetapi selepas mengenali Datuk saya melihat perkara itu.
“Jadi saya sokong dengan Datuk untuk mempertahankan diri dan jangan takut,” katanya.
Sebelum ini, Noora mengesahkan hubungannya dengan Azri sudah berakhir sekitar penghujung Mei lalu.
Katanya, perpisahan itu berpunca disebabkan dia dan Azri tidak mempunyai keserasian untuk meneruskan hidup sebagai suami isteri.
Kemudian bekas isteri Azri iaitu Ellie Suriaty mendakwa punca perpisahan tersebut kerana Noora yang tidak bersetuju tarikh pernikahan ditunda.
Ellie turut meluahkan rasa kesal apabila Noora memberi alasan tiada keserasian dalam hubungan.
Tambah Ellie, dia juga tidak bersetuju dengan beberapa perkara ketika perbincangan berkaitan perkahwinan antara Noora dan Azri yang disifatkan berat sebelah selain perlu mengikut telunjuk usahawan tersebut. – KOSMO! ONLINE