fbpx

Protes seluruh Perancis bantah parti berhaluan kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan berkumpul di Paris semalam. - AFP

PARIS – Kira-kira 250,000 orang turun ke jalan-jalan di seluruh Perancis semalam bagi membantah kebangkitan parti politik berhaluan kanan selepas kejayaan mereka dalam pilihan raya Eropah baru-baru ini.

Di Paris, polis menganggarkan 75,000 orang menyahut seruan daripada kesatuan sekerja, persatuan dan gabungan politik berhaluan kiri baharu, yang ditubuhkan untuk pilihan raya parlimen.

Kesatuan CGT meletakkan angka penunjuk perasaan seramai 640,000 orang yang melibatkan 182 perhimpunan.

Dari Bayonne di barat daya, Nice di tenggara, Vannes di barat dan Reims di timur, penunjuk perasaan berhimpun bagi menentang prospek kemenangan parti sayap kanan dalam pilihan raya perundangan.

Jika itu berlaku, pemimpin parti National Rally (RN), Jordan Bardella dijangka menjadi perdana menteri.

“Saya sangkakan saya tidak akan melihat (parti) sayap kanan berkuasa dan kini, ia boleh berlaku,” kata Florence David yang mengambil bahagian dalam protes di Paris.

Perarakan kebanyakannya berlangsung dalam keadaan tenang tetapi polis menahan 20 orang  termasuk sembilan di Paris, manakala lima pegawai polis cedera ringan dalam protes itu.

Di Paris, infrastruktur jalan rosak dan dua cawangan bank menjadi sasaran penunjuk perasaan.

Polis di ibu kota itu juga menjadi sasaran botol yang dibaling, di mana mereka bertindak balas menggunakan gas pemedih mata, kata wartawan AFP. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI