fbpx

Penguat kuasa tunggu sejam, pemandu lori hilang tinggalkan rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup termasuk lori yang disita oleh JKDM Sarawak.

KUCHING – Pemandu sebuah lori membawa muatan rokok pelbagai jenama nekad meninggalkan barangan seludup itu bagi mengelak daripada ditahan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengarah JKDM Sarawak, Norizan Yahya berkata rampasan rokok itu dibuat kira-kira pukul 11.24 pagi, 6 Jun lalu oleh Unit Operasi Darat Miri yang menjalankan pemeriksaan di sebuah lokasi yang terletak di kawasan Assar Commercial Centre, Jalan Lopeng, Miri.

“Hasil pemeriksaan, pasukan telah menjumpai sebuah lori dalam keadaan enjin masih hidup tanpa pemandu.

“Pemeriksaan ke atas muatan lori berkenaan menjumpai sejumlah 740,000 batang rokok yang disyaki tidak berkastam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata semasa pemeriksaan ke atas lori berkenaan dilakukan, tiada wakil atau pemilik barang berada di tempat kejadian.

“Pasukan serbuan menunggu hampir satu jam namun tiada individu yang tampil mengaku sebagai pemandu lori atau pemilik barang-barang tersebut,” katanya.

Katanya kesemua rokok termasuk lori yang dirampas itu dianggarkan bernilai sebanyak RM150,300 manakala anggaran jumlah duti dan cukai adalah sebanyak RM498,430. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI