NEW DELHI – Penduduk sebuah bandar di negeri Telangana terkejut apabila melihat ‘mayat’ seorang lelaki terapung di sebuah kolam, lapor laman berita Hindustan Times kelmarin.
Pihak polis kemudian menerima laporan berhubung kejadian itu namun, sejurus tiba di lokasi tersebut, mereka mendapati ‘mayat’ berkenaan sebenarnya seorang lelaki yang sedang tidur di atas air.
Menurut polis, pihaknya dimaklumkan bahawa mayat itu terapung di permukaan air selama kira-kira lima jam.
Apabila anggota-anggota pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian dan mengheret ‘mayat’ itu keluar, mereka mendapati lelaki itu masih hidup.
Lelaki itu sebenarnya berada di dalam kolam untuk menyejukkan badan kerana cuaca panas terik. – AGENSI