fbpx

KDN serah Fahmi jawab isu sekat Telegram bocor kes Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin menyerahkan isu sekatan satu akaun di Telegram yang didakwa membocorkan kandungan siasatan kes pembunuhan, Zyan Rayyan Fahmi.

SEBERANG PERAI – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan isu sekatan satu akaun di Telegram yang didakwa membocorkan kandungan siasatan kes mangsa pembunuhan, Zyan Rayyan Abdul Matiin kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, tumpuan berhubung siasatan kes yang dianggap berprofil tinggi itu masih lagi dijalankan sehingga kini.

“Biar Fahmi jawab,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita mengenai usaha menyekat satu akaun di Telegram yang menyebar dakwaan maklumat siasatan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autisme tersebut, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Sungai Bakap, di sini.

Semalam, media melaporkan Saifuddin meminta ibu bapa kanak-kanak tersebut membuat laporan polis sekiranya berasa terancam selepas sebahagian daripada maklumat yang dikatakan hasil siasatan bocor menerusi media sosial.

Beliau memberitahu, adalah menjadi tanggungjawab polis menjaga keselamatan semua pihak, termasuk ibu bapa kepada Zayn Rayyan bagi memastikan siasatan kes berjalan lancar.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memaklumkan kepada pengendali platform media sosial TikTok dan Telegram untuk menurunkan kandungan dakwaan maklumat siasatan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan.

Polis sebelum itu turut memaklumkan yang pihaknya menerima dua laporan berkaitan kebocoran kertas siasatan didakwa berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan, Jumaat lalu. -KOSMO! ONLINE

Habis//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI