fbpx

Kate Middleton kembali ke balkoni istana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kate (tengah) melambai rakyat jelata di samping Raja Charles (dua dari kanan), Camilla (paling kanan), Putera William (kiri) dan anak-anak mereka. - AFP

LONDON – Princess of Wales, Kate Middleton membuat kemunculan umum pertama sejak didiagnosis dengan penyakit kanser awal tahun ini, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Isteri pewaris pertama takhta Britain, Putera William itu turut disertai kerabat diraja yang lain bagi meraikan hari keputeraan rasmi Raja Charles III kelmarin.

Kate yang memakai gelaran Princess Catherine turut disertai William dan tiga anak mereka iaitu Putera George, Puteri Charlotte serta Putera Louis.

Keluarga diraja itu muncul di balkoni bersama Raja Charles termasuk isterinya, Permaisuri Camilla untuk menyaksikan lintasan pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Britain di balkoni Istana Buckingham, London.

Kali terakhir Kate muncul di khalayak ramai adalah pada Hari Krismas, beberapa minggu sebelum beliau mendedahkan keadaan kesihatannya yang menghidap kanser.

Pada Jumaat lalu, Kate memberikan kemas kini terbaharu berhubung keadaan kesihatannya dengan berkata bahawa beliau melakukan progres baik ketika fasa pemulihan termasuk rawatan kemoterapi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI