fbpx

Hujan lebat iringi perjalanan pulang perantau ke Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kelantan dan Terengganu sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan, diikuti kebanyakan kawasan di Terengganu.

“Hujan lebat turut dijangka berlaku di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan diikuti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor.

“Di bahagian utara Semenanjung pula, cuaca sama turut diramalkan di Kulim dan Bandar Baharu, Kedah, diikuti Pulau Pinang dan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak,” katanya.

Selain itu, di bahagian barat dan selatan Semenanjung, amaran hujan lebat turut dikeluarkan di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).

“Cuaca lembap dan hujan turut diramalkan di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) di Sabah sehingga pukul 4 petang ini,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI