fbpx

Hujan lebat di Hulu Langat, Klang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lembap dan hujan di kebanyakan negeri di Semenanjung pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat pada sebelah pagi dijangka berlaku di beberapa tempat di Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Di Selangor, hujan masih berlaku di Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, diikuti di Kedah melibatkan Langkawi, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda,” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan lebat berserta ribut petir hampir seluruh negara kecuali di Putrajaya dan Melaka.

“Ribut petir dijangka di beberapa tempat melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur, diikuti pula dengan beberapa kawasan di pedalaman Kedah, Perak, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Di Sabah pula, hujan pada sebelah petang, diramalkan di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat serta Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak,” kata MetMalaysia.

Sementara itu, cuaca pada sebelah malam pula diramalkan dengan kurang taburan hujan.

“Hujan diramalkan tertumpu di beberapa tempat di Pahang serta kawasan pedalaman Terengganu dan Perak.

“Bagi Sabah dan Sarawak pula, hujan hanya diramalkan di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, dan Kudat, serta Serian Samarahan, Sri Aman, Kapit, Miri dan Limbang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI