fbpx

Hanis Zalikha faham sebab kenapa orang tak nak anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanis Zalikha tidak pernah menghakimi mana-mana individu yang enggan memiliki anak kerana memahami cabaran membesarkan si kecil.

PETALING JAYA – Percaya anak adalah amanah Allah, pelakon Hanis Zalikha berpendapat memiliki cahaya mata bukan sekadar pelengkap rumah tangga, malah menuntut komitmen tinggi.

Bagaimanapun, Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, tidak pernah menghakimi mana-mana individu yang enggan memiliki anak kerana memahami cabaran membesarkan si kecil.

“Sebab anak ini bukan sahaja penyeri hidup, susah sangat nak beri komitmen untuk membesarkan mereka.

“Mereka (anak-anak) memerlukan perhatian untuk menjalinkan hubungan antara ibu dan anak,” katanya menerusi hantaran Instagram Story menjawab soalan pengikutnya sama ada normal seseorang itu enggan memiliki zuriat.

Yakin setiap orang mempunyai perancangan sendiri, ibu kepada dua cahaya mata itu memuji individu yang bertanya soalan tersebut dengan menyifatkannya sebagai insan yang mempunyai hala tuju dalam kehidupan.

“Sebenarnya saya puji orang yang terus tahu sama ada dia nak atau tidak mahu memiliki anak.

“Tidak mengapa tiada anak atau mempunyai anak ramai. Anda lebih tahu diri anda yang sebenarnya,” tambahnya lagi.

Menerusi perkahwinannya dengan bekas pelakon, Hairul Azreen pada Jun 2015, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 8, dan Alisa Aisyah, 5.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI