fbpx

Euro 2024: Southgate siapkan ‘formula’ baharu England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD bakal berfungsi sebagai pemain tengah berbanding posisi kebiasaannya di bahagian pertahanan kanan pada aksi menentang Serbia awal pagi esok. - AFP

SCHALKE – Pengendali England, Gareth Southgate sudah menyediakan ‘formula’ baharu untuk memastikan pasukan dapat ‘langkah kanan’ menjelang aksi pembukaan Kumpulan C menentang Serbia awal pagi esok.

Menurut Souhtgate, kemungkinan besar jentera tengah Three Lions pada perlawanan pertama nanti akan diisi oleh tiga tonggak berpengalaman, Declan Rice dan Jude Bellingham selain memberi peluang untuk pemain kreatif, Trent Alexander-Arnold.

Southgate berkata, Alexander-Arnold sudah bersedia untuk menjalankan misi baharu bersama skuad kebangsaan selaku ‘jeneral’ di tengah padang berbanding bermain di posisi kegemarannya di bek kanan ketika di peringkat kelab bersama Liverpool.

“Saya rasa Alexander-Arnold sudah bersedia untuk diletakkan dalam kesebelasan utama di posisi tengah kerana dia memiliki keistimewaan yang tidak ada pada pemain-pemain lain terutama dalam melakukan hantaran tepat.

“Sepanjang lebih 12 bulan bekerjasama dengannya, dia membuktikan dirinya memiliki mental yang cukup hebat dan saya pasti dia sedia belajar mengenai cara untuk bermain di posisi tengah dengan lebih cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Southgate optimis dapat membantu pasukan mara ke saingan sejauh mungkin meskipun tidak pernah memiliki pengalaman menjulang kejuaraan Euro sepanjang sejarah penyertaan saingan berprestij itu.

“Kami semua sudah tidak sabar untuk menunggu aksi pembukaan kerana saya begitu teruja untuk membantu pasukanan melakukan sesuatu yang tidak pernah dicapai sebelum ini iaitu bergelar juara Eropah,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI