fbpx

Euro 2024: Aksi serba tidak menjadi hukum Scotland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCOTLAND mahu melupakan kekalahan besar kepada Jerman dan fokus memburu mata pada dua baki aksi peringkat kumpulan. - AFP

MUNICH – Pengendali Scotland, Steve Clarke percaya kekalahan besar pasukannya 1-5 kepada Jerman pada aksi pembukaan Euro 2024 di Allianz Arena awal pagi semalam bukanlah kerana mereka tidak mampu bersaing.

Menurutnya, para pemainnya sendiri membiarkan mereka dikuasai rasa gementar sehingga gagal mempamerkan aksi sebenar sekali gus semua taktikal yang dirancang tidak menjadi.

Jelasnya, layangan kad merah terhadap Ryan Porteous sebelum aksi babak pertama berakhir menambah penderitaan Scotland yang ketinggalan dengan tiga gol sebelum mereka bolos dua lagi jaringan di babak kedua.

“Ia malam yang sukar. Kami gagal bermain mengikut standard permainan kami sendiri ditambah pula Jerman yang beraksi cemerlang. Kami sendiri yang membuatkan pasukan ini lemah sedangkan kami adalah pasukan yang lebih baik berbanding apa yang dipamerkan.

“Perlawanan ini berlangsung dengan pantas tanpa sempat kami menyainginya. Selepas menerima kad merah, ia membuatkan kami menjadi lebih teruk dan gagal mengawal aksi seterusnya.

“Bagaimanapun, kami perlu melupakan perlawanan ini segera. Kami perlukan empat mata daripada baki dua perlawanan terakhir dan itulah fokus yang perlu kami berikan,” jelasnya.

Ketua pasukan Scotland, Andy Robertson mengakui kekalahan besar ini adalah peringatan untuk dia rakan sepasukannya untuk memberikan aksi lebih baik pada perlawanan seterusnya.

“Terlalu banyak kesilapan yang berlaku sepanjang perlawanan itu dan kami perlu segera mengubah situasi itu. Ini adalah isyarat bahawa kejohanan ini cukup sukar.

“Babak pertama penuh dengan kesilapan, kami tidak cukup bagus dan agresif serta membiarkan mereka menguasai permainan. Babak kedua kami beraksi dengan 10 pemain dan pastinya ia menambahkan lagi kesukaran,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI