fbpx

Dua sahabat ditemui lemas di Pantai Kuala Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua sahabat ditemui lemas di Pantai Kuala Muda, Kepala Batas, hari ini.

SEBERANG PERAI – Keriangan sekumpulan anak muda mandi di Pantai Kuala Muda, Kepala Batas, di sini, berakhir tragedi apabila dua rakan mereka dilaporkan lemas, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mayat mangsa, Ho Wei Keat, 26 dan Lim You Yie, 14, dipercayai ditemui tidak jauh dari lokasi mereka mandi, berhampiran muara laut ke sungai berhampiran.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda, Mohd. Rizuwan Abu Hassan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi tragedi sebaik menerima maklumat berhubung kejadian.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan kerjasama pasukan penyelamat di air (PPDA) dan kumpulan nelayan.

“Sebaik sampai di lokasi pihak kami dimaklumkan terdapat dua mangsa lemas di perairan berkenaan. Mangsa pertama iaitu Wei Keat ditemui pada 6.50 petang, manakala mangsa kedua (You Yie) pula dijumpai pukul 7.25 malam.

“Jarak penemuan kedua-dua mangsa adalah berdekatan di lokasi sama tempat mereka mandi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, malam tadi.

Beliau memberitahu, hasil maklumat awam ada mengatakan seramai 13 lelaki termasuk mangsa datang dari Kepala Batas untuk mandi di pantai berkenaan.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI