fbpx

[VIDEO] Doktor sebak gadis hamil anak luar nikah datang buka buku ‘pink’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Seorang doktor wanita meluahkan rasa sebak ketika menceritakan pengalaman bertemu dengan gadis berusia 20 tahun dipercayai hamil anak luar nikah.

Menerusi perkongsiannya di TikTok @Dr.fatinsol, beliau berkata, gadis tersebut sanggup menempuh perjalanan dari Segamat ke Pasir Gudang yang memakan masa tiga jam untuk membuka buku ‘pink’.

“Lebih sedih, adik ini datang naik bas. Dari stesen bas, naik Grab pula. Perut dah besar. Bila kami ‘scan’ syukur bayinya sihat,” katanya.

Menurut @Dr.fatinsol, dia menasihati gadis itu agar tidak membuka buku ‘pink’ di Pasir Gudang kerana lokasinya yang jauh dari tempat tinggal.

“Bila saya tanya, teman lelakinya duduk di mana, gadis itu jawab teman lelakinya itu tinggal berdekatan.

“Setelah ditanya mengapa tidak mahu berkahwin, jawabnya dia akan berbuat demikian selepas bersalin.

“Teman lelakinya tidak datang ke klinik untuk menemaninya kerana mereka baru sahaja bergaduh,” katanya.

Lebih memilukan, @Dr.fatinsol berkata, gadis itu sempat bertanyakan adakah proses melahirkan anak tersebut menyakitkan.

“Saya berasa sedih sangat sebab ia mengingatkan saya pada anak saya. Saya cakap, beranak memang sakit tetapi ada ubat dan boleh sembuh.

“Saya minta gadis tersebut bincang dulu dengan ibu bapa. Jika mereka boleh terima, boleh jaga anak itu bersama-sama,” katanya.

Dalam pada itu, @Dr.fatinsol sempat memberikan pesanan kepada ibu bapa di luar sana agar sentiasa berdoa supaya Allah SWT menjaga keturunan daripada ujian-ujian sebegini.

“Lagipun, antara tanda-tanda kecil kiamat adalah zina yang berleluasa. Benda ini adalah satu ujian dalam kalangan masyarakat kita.

“Kita kena ajar anak-anak kita supaya lebih bertanggungjawab dan didik mereka, ajar mereka bahawa benda ini tidak betul.

“Selagi belum berkahwin, janganlah berhubungan kelamin,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

@dr.fatinsol Jadikanlah anak2 kite sahabat kite, selami mereka 🫂.. Tak bleh tahan.. tiap kali dpt kes mcm ni aku mesti nangis.. aku doakan urusan adik ni dimudahkan 😭 #doktorperempuan #bukupink #mengandung ♬ Piano melody for loved ones(1258931) – naopapa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI