fbpx

‘Dedikasi, kasih sayangmu adalah satu pengorbanan yang aku rindui’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kiri) bergambar kenangan bersama arwah bapanya.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Bapa termasuk kepada Allahyarham bapanya, Raden Hamidi Raden Abdul Fateh.

Ahmad Zahid melalui hantaran di Facebook berkata, Allahyarham bapanya merupakan seseorang yang telah memberi impak yang besar di dalam hidupnya.

“Kepada insan yang bergelar bapa yang telah memberi impak besar dalam hidup saya, Allahyarham Haji Raden Hamidi – jasa dan pengorbananmu adalah terlalu besar nilainya.

“Dedikasi dan kasih sayangmu adalah satu pengorbanan yang aku rindui sehingga selamanya. Ilmu yang kau curahkan, kekal mengalir di dalam akal dan jiwa.

“Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa dan bakti yang telah kau berikan buat kami semua,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menyayangi dan menghargai bapa selagi mereka masih ada.

“Buat yang masih mempunyai bapa, sayangi dan hargailah mereka selagi masih ada. Setiap detik bersama mereka adalah anugerah yang tidak ternilai.

“Sentiasalah berdoa agar bapa anda semua diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati hidupnya. Ingatlah bahawa kasih sayang dan perhatian kita adalah kebahagiaan mereka yang paling utama,” ujarnya.

Ahmad Zahid turut mengajak mereka yang sudah kehilangan bapa untuk bersama-sama memanjatkan doa buat bapa mereka.

“Pada yang telah tiada, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Semoga mereka ditempatkan bersama para solihin.

“Ingatlah bahawa di sebalik kasih seorang ibu, terdapat perjuangan seorang insan yang bergelar bapa. Setiap pengorbanan dan kasih sayang mereka akan terus hidup dalam kenangan dan doa kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI