fbpx

Daging lembu laku keras jadi juadah utama pagi raya esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga daging segar di sekitar Ampang.

PETALING JAYA – Selain rempah ratus untuk memasak sup tulang dan kapur untuk membersihkan perut lembu, daging segar juga menjadi barang paling dicari di semua pasar basah seluruh negara hari ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, urus niaga jualan daging segar lembu dan kerbau tempatan berjalan rancak berikutan permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan.

Rata-rata daging lembu dijual pada harga RM35 sekilogram, manakala tulang dan perut pula RM25 sekilogram.

Seorang peniaga daging di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan dikenali sebagai Hafiz Amry, dia membuka gerai seawal pukul 8 pagi, bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk melakukan ibadah korban merasai juadah itu pada pagi raya.

“Daging lembu segar, cabang 3 Bukit Abal. Yang mana tidak korban, boleh mari tengok dulu. Berasa berkenan, naik mata, boleh beli,” katanya ketika mempromosikan jualannya itu di Facebook.

Peniaga daging lembu tempatan di Ampang, AA Warisan memaklumkan, sebanyak dua ekor lembu ditumbangkan pagi ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mencari lauk untuk dijadikan juadah hari raya.

“Menu pada pagi raya Aidiladha untuk masakan rendang daging segar, daging masak kicap, sup tulang dan daging, boleh datang ke Petron, Taman Putra Ampang,” katanya di Facebook.

Sementara itu, penduduk Kuang, Sungai Buloh yang dikenali sebagai Mat Jais berkata, sebagai persiapan untuk memasak juadah di pagi raya, dia akan memborong daging segar di pasar terlebih dahulu.

“Walaupun buat ibadah korban, tapi pagi raya mahu makan apa? Jadi sebab itulah pagi-pagi lagi saya turun ke Pasar Borong Selayang untuk mendapatkan daging tempatan segar sebagai juadah raya Aidiladha,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI