DUNGUN – Keterujaan seorang pemuda untuk menyaksikan seekor penyu mendarat terbantut apabila mendapatik reptilia itu sebenarnya telah mati di Pantai Teluk Lipat di sini hari ini.
Bangkai penyu agar tersebut ditemui Arif Jalaludin Mohd Ali, 29, pada pukul 7.30 pagi ketika sedang beriadah di pantai peranginan berkenaan.
“Sebaik didekati rupa-rupanya penyu itu sudah mati. Kaki dan kepalanya kelihatan bergerak-gerak kerana ditolak ombak,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Arif Jalaludin berkata, penyu tersebut dipercayai telah mati beberapa hari lalu berikutan beberapa anggota badan termasuk bahagian mata sudah mulai reput. – KOSMO! ONLINE