fbpx

Bah sayang anak-anak bah – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim meraikan Hari Bapa bersama dengan anakanda Baginda, Tunku Idris Iskandar dan Tunku Abu Bakar.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkongsi saat manis ketika meraikan Hari Bapa bersama anakanda Baginda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Instagram Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Jadual kerja yang padat tidak menjadi halangan buat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitikberatkan hubungan kekeluargaan dan meluangkan masa bersama paduka anakanda,” kata hantaran itu.

Selain itu, baginda turut menzahirkan rasa sayang terhadap anakandanya dan ucapan terima kasih atas kiriman bunga yang diterima sempena Hari Bapa.

“Bah sayang anak-anak Bah. Terima kasih anak-anak Bah semua di atas ucapan dan kiriman bunga sempena Hari Bapa,” titah Seri Paduka Baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI