fbpx

Anwar ziarah keluarga Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar meluangkan masa menziarahi keluarga Fadhlina.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa menziarahi jenazah ibu Menteri Pendidikan yang meninggal dunia, hari ini.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, pemergian Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor yang juga isteri Allahyarham Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil memberi kesan kepadanya kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga itu.

“Ternyata pemergian ini cukup mengesankan tatkala keluarga kami punyai hubungan yang cukup akrab.

“Takziah saya ucapkan kepada saudari Fadhlina Sidek dan keluarga atas kehilangan ini serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina mengesahkan bahawa Siti Zalikhah, 75, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 9.30 pagi tadi.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, Kajang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI