fbpx

Aidiladha: Aliran trafik LPT 2 meningkat dua kali ganda sejak Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi (kanan) menyantuni perantau yang pulang beraya dengan LPT 2 di Plaza Tol Kuala Terengganu, Kampung Gemuruh, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Bilangan kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sempena musim perayaan Hari Raya Aidiladha ini meningkat lebih dua kali ganda sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, sebanyak 56,954 buah kenderaan keluar masuk di LPT2 pada Khamis lalu sebelum bertambah kepada 64,955 buah pada Jumaat.

Tambah beliau, kemuncak kesesakan aliran trafik pada semalam dengan 75,081 buah kenderaan direkodkan menggunakan lebuh raya berkenaan.

“Ia peningkatan lebih dua kali ganda berbanding sekitar 20,000 pada hari biasa,” katanya selepas aliran trafik LPT 2 di Plaza Tol Kuala Terengganu, Kampung Gemuruh di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, majoriti pengguna jalan raya yang dilihat sudah merancang perjalanan lebih awal secara tidak langsung membantu kelancaran trafik terbabit berbanding kesesakan teruk yang berlaku pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, empat kematian maut daripada tiga kes kemalangan iaitu tiga di Kuala Terengganu dan satu di Besut telah direkodkan di negeri ini sejak pelaksanaan Ops Lancar pada Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI