fbpx

13 pelajar pantas lompat keluar sebelum trak pikap jatuh cerun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Toyota Hilux yang membawa pelajar Orang Asli yang terbalik selepas terjatuh cerun di Pos Simpor, Gua Musang, Kelantanpada Khamis lalu.

GUA MUSANG – Masalah pam brek pecah menjadi punca sebuah trak pikap yang membawa seramai 13 pelajar Orang Asli Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya di sini terbalik ke dalam cerun pada Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan dan Terengganu, Zarina Razlan berkata, trak pikap jenis Toyota Hilux yang membawa pelajar Orang Asli pulang ke Pos Simpor sempena cuti Aidiladha juga telah hilang kawalan dan terbalik di Bukit Setol, laluan ke Pos Simpor.

Katanya, semua pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.

“Tindakan pantas pelajar yang melompat keluar daripada kenderaan sebelum ia terbalik menyelamatkan mereka daripada kecederaan serius.

“Kenderaan kontrak kesihatan segera dihantar ke lokasi kejadian untuk membawa pelajar menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Betis. Semua pelajar terlibat dibawa menerima rawatan perubatan dan tiada kecederaan serius dilaporkan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Zarina memberitahu, Jakoa ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan segera kepada pelajar yang terlibat.

Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Simpor, Jamil Gabon bertindak segera menghubungi Jakoa untuk mendapatkan bantuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI