fbpx

[VIDEO] Dua lelaki bawa dadah maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video berbalas tembakan yang menyaksikan dua penjenayah mati ditembak polis di Taman Abad, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Dua lelaki maut dalam insiden berbalas tembakan dengan anggota polis di Jalan Abad, Taman Abad dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, kejadian berbalas tembakan berlaku pada pukul 5.04 petang.

Menurutnya, seorang suspek berusia 42 tahun bersama rakannya mati ditembak ketika berada dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mereka.

“Kejadian berlaku semasa sepasukan polis dari Bahagian D14, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian D9, JSJ Kontinjen Johor mengekori sebuah Toyota Estima berwarna putih di lokasi kejadian dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila menyedari telah diekori, suspek bertindak melarikan diri sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis yang sedang mengekori rapat.

“Tindakan suspek menyebabkan pihak polis turut melepaskan tembakan ke arah MPV dinaiki suspek, kejadian berbalas tembakan berlarutan sehingga keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kumar berkata, siasatan lanjut mendapati suspek berusia 42 tahun mempunyai 38 rekod jenayah dan dadah manakala seorang lagi suspek masih belum dikenal pasti identiti selepas tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut yang dijalankan telah menjumpai dua pucuk pistol di dalam kenderaan dinaiki suspek itu.

“Polis turut menjumpai sepucuk pistol pada badan salah seorang suspek. Turut ditemui pelbagai jenis bahan dipercayai dadah berbahaya di dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan insiden tembakan itu yang mengejutkan pengguna jalan raya dan penduduk.

Selain itu, terdapat juga video yang menunjukkan anggota polis melencongkan aliran trafik di kawasan Kebun Teh setelah Jalan Abad telah ditutup buat sementara waktu ekoran insiden itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI