fbpx

USJT siasat dakwaan pengakuan ibu bapa Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan.

PETALING JAYA – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung penyebaran maklumat didakwa fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di media sosial.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini dua laporan polis dibuat iaitu daripada ahli keluarga mangsa manakala satu lagi dibuat oleh pegawai penyiasat kes ini sendiri.

Tambah beliau, kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 203A Kanun Keseksaan (Pendedahan Maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM).

“Orang ramai diminta tidak berkongsi kandungan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tegas Hussein, perbuatan seumpama ini bukan sahaja menganggu siasatan tetapi juga proses pendakwaaan di Mahkamah.

“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana individu didapati berkongsi kandungan terbabit” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan, peguam keluarga Zayn, Fahmi Abd Moin berkata, keluarga anak guamnya telah selesai membuat laporan polis berhubung dakwaan fakta siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu tersebar di media sosial.

Terdahulu, Bukit Aman akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penyebaran maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, penyebaran maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya sedemikian adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.

Berikutan itu, katanya pihaknya akan menghubungi MCMC bagi menyekat penyebaran maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu perjalanan perbicaraan kes kanak-kanak autistik itu.

Kelmarin, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI