fbpx

Trafik sesak, kenderaan bergerak perlahan di Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LALUAN Kampung Relong menghala ke Lingkaran Tengah Utama (LTU) Kechau Tui dilihat sesak dengan kenderaan perantau yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

RAUB – Aliran trafik dari Lipis menghala ke Gua Musang, Kelantan sesak ekoran perantau yang pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha Isnin ini.

Tinjauan mendapati kenderaan mula bergerak perlahan sejauh 13 kilometer dari Kampung Relong menghala ke Kampung Kechau Tui.

Bagaimanapun aliran trafik kembali lancar di susur masuk ke laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Kechau Tui menghala ke Merapoh.

Selain itu, stesen minyak turut menjadi tumpuan apabila orang ramai dilihat beratur panjang untuk ke tandas.

Seorang pengguna jalan raya, Mohamad Helmie Rosdi, 40, berkata, dia bersama isteri dan tiga orang anak bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 4 pagi dan terdapat beberapa lokasi yang sesak termasuk di Plaza Tol Gombak dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

“Saya sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung di Pasir Putih, Kelantan. Kami berhenti rehat seketika di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Benta untuk bersarapan pagi sebelum menyambung perjalanan.

” Setiap kali pulang ke kampung bagi menyambut hari raya saya dan keluarga akan bertolak seawal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI