fbpx

Terdapat cubaan buang hadis daif – Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus

PETALING JAYA – Ada cubaan untuk terus membuang hadis daif oleh golongan bukan ulama (tidak cerdik), sedangkan hadis tersebut digunakan oleh golongan ulama selama ini, jelas penceramah Ustaz Azhar Idrus.

Jelas beliau, terdapat tiga hadis yang boleh diamalkan oleh golongan muslim iaitu, hadis sahih, hadis hasan dan hadis daif.

“Kalau tiga hadis ini amallah, yang tidak bolehnya adalah hadis keempat iaitu hadis palsu. Sebab itu ulama-ulama besar dunia mereka sebar dan amalkan juga hadis daif ini.

“Kita sahaja yang tidak sebar dan amalkan hadis daif kerana kita sudah biasa dengar dengan apa yang dikatakan oleh orang yang tidak bertakwa,” jelasnya dalam satu siri soal jawab agama di YouTube baru-baru ini.

Jelas Azhar, ulama yang turut mengguna pakai dan menyebar hadis daif dalam kehidupan ini iaitu Imam Bukhari seorang imam yang paling dipercayai.

“Banyak imam seperti Imam Ahmad, Imam Tirmizi, Imam Abu Daud dan lain-lain termasuk seorang imam yang memang terkenal dengan hadis sahihnya iaitu Imam Bukhari yang turut mengarang hadis daif.

“Imam Bukhari ada dua kitab yang pertama Sahih Bukhari dan satu lagi al-Adabu al-Mufrad yang menghimpunkan tiga hadis iaitu hadis sahih, hadis hasan dan hadis daif.

“Beliau yang tentu ulama dan imam besar pun guna, kita yang tidak tahu apa-apa ini nak tolak, kau siapa?” soal Azhar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI