PETALING JAYA – Tujuh tahun menunggu, pelakon Shahz Jazle menzahirkan kesyukuran apabila isterinya, Nur Hanis Husna Mohd. Nadzree selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka.
Shahz Jazle atau nama sebenarnya Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 35, berkata puteri kedua dalam keluarga kecilnya itu diberikan nama Aurora.
Syukur Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia baru sayangku, Aurora,” katanya dalam perkongsian di Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, Shahz mendokumentasikan detik isterinya dibawa ke hospital sehingga melahirkan permata hati mereka dalam video.
Layanan pelakon drama Asmara sepanjang teman hidupnya melalui momen mendebarkan itu mengundang pujian khalayak.
Tahniah, ini baru betul suami romantik dan tahu menghargai isteri,” ujar seorang netizen.
Shahz dan Hanis mendirikan rumah tangga yang pada 1 Mei 2015 lebih dulu dikurniakan dua anak, Alana Jasmeen, 9, dan Ayden Jasreen, 7. – KOSMO! ONLINE